Posts

Showing posts from 2009

Kopi Tongkat Ali

Kepada semua,
Jika pasangan anda selalu minum kopi tongkat ali,
bacalah criter rekaan semata2 di bawah ini semoga akan jadi
teladan.
Harap maklum.
**************************************************


Pada suatu pagi, seorang isteri dengan lembut telah
bertanya kepada suaminya, "Abang nak makan apa pagi,
ni? Saya buatkan nasi lemak..nak? Atau abang nak nasi
goreng ke atau roti canai ke? Atau saya buatkan roti
telur nak?"

Suami jawab, "Tak payahlah. Abang tak ada selera
langsung nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal".

Sampai ke tengahari, isterinya pun bertanya lagi,
"Abang nak makan apa tengahari ni? Saya masakkan abang
kari daging...nak? Atau abang nak makan ikan ke atau
ayam ke? Saya boleh masakkan sambal atau sup atau sweet
& sour".

Suami jawab, "Tak payahlah. Abang masih tak ada selera
nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal!"

Sampai ke malam, isterinya pun bertanya lagi, "Abang
nak makan apa malam ni? Saya masakkan abang ayam goreng
...nak? Ata…

Aurat Wanita

surah An-Nur yang bermaksud: "Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".

Mengikut pandangan Said bin Jubair dan Muqatil bin Hayyan, Al-Dohhak serta Qatadah: "Mereka (wanita) yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah wanita yang sudah terputus haid dan tidak dapat melahirkan anak kerana usia yang lanjut (menopaus).

"Mereka juga tiada minat dan keinginan untuk berkahwin (tiada nafsu). Maka tiada halangan bagi mereka untuk membuka jilbab (penutup muka), serta membuka jubah berwarna hitam yang biasa disarung pada tubuh selepas memakai jubah bagi tujuan tidak memperlihatkan perhiasan dalaman". (Ibn Kathir, Ta…

Bangau oh bangau.

Bangau oh bangau, Mengapa engkau kurus? Macamana aku tak kurus, Ikan tidak timbul.

Ikan oh ikan, Mengapa kau tak timbul? Macamana aku tak timbul, Rumput panjang sangat.



Rumput oh rumput,

Kenapa engkau panjang sangat?

Macamana aku tak panjang,

Kerbau tak makan aku.



Katak oh katak,

Kenapa panggil hujan?

Macamana aku tak panggil,

Ular nak makan aku.



Ular oh ular,

Mengapa nak makan katak?

Macamana aku tak makan.

Memang makanan aku.



Ini adalah sebuah cerita yang telah disampaikan secara tradisi dalam bentuk lagu kanak-kanak. Ia berpindah dari satu generasi ke satu generasi hinggalah kini. Apabila mendengar bait-bait lagu ini, terasa ada lucunya. Rentak lagu ‘monotonous’ itu memang menarik dan mudah menjadi hafalan kanak-kanak. Walaupun ianya lucu dan menghiburkan, namun bait-bait lagu ini mengandungi unsur sindiran yang sangat tajam, khusus buat sekumpulan masyarakat yang suka salah-menyalahkan orang lain. Masing-masing menuding jari kerana hendak berlepas diri daripada dipersalahkan.

Mengapakah lagu ini…

Masa kecik2 dulu..

Tersebutlah kisah arnab sedang berjalan-jalan mencari makanan. Tiba-tiba ia terpandang seekor kura-kura yg merangkak-rangkak naik ke tepi sungai.



“Alahai, kura-kura. Mengapalah engkau lambat sangat? Bila nak sampai tu?”

“Sedikit-sedikitlah arnab. Lama-lama aku sampailah.” Jawab kura-kura.

“Hahaha…gelihati aku lihat cara engkau berjalan. Bilalah engkau nak sampai si tua lambat ni…ha..ha.”

“Jangan engkau hina aku arnab.”

“kalau lumba lari ni, engkau pasti kalah,” kata arnab.

“Belum cuba belum tahu arnab.” Jawab kura-kura.

“Baiklah aku cabar kau, siapa yg sampai dulu ke hutan sana, dia akan menang.”

“Baiklah. Aku terima cabaran kau,” jawab kura-kura.

Dan begitulah kisah itu bermula. Maka berlumbalah arnab dan kura-kura. Satu perlumbaan yang berat sebelah kelihatannya pada mata kasar justeru kaki, ketangkasan dan tenaga arnab jauh mengatasi kura-kura. Ya, setelah lebih separuh perlumbaan, kura-kura ditinggalkan jauh di belakang. Arnab terlampau yakin yang dia akan memenangi perkumbaan itu. Lalu be…

Masa itu ..nyawa

Antara bekalan yang diberikan oleh Allah kepada manusia ialah nyawa. Dengan nyawa kita hidup dan dengan hidup itu kita diberi peluang untuk melaksanakan misi hidup kita. Justeru, kita perlu bersyukur jika masih diberi kesempatan untuk terus hidup. Nyawa (hidup) ini sangat berharga. Nyawa ini adalah “modal” untuk meraih keuntungan di dunia dan di akhirat.
Oleh sebab itu nyawa termasuk dalam 4 perkara yang diletakkan dalam kategori dharuriyat bersama-sama dengan agama, keturunan dan harta. Selepas kita bangun daripada tidur, kita disunatkan berdoa dengan doa ini:
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”Ingatlah, hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hari Akhirat. Kebaikan di akhirat tidak akan dapat diraih tanpa kehidupan di dunia. Justeru, di dalam Islam kita dilarang “meminta’ mati apatah lagi membunuh diri. Rasulullah SAW bersabda:
“janganlah seseorang kamu mengharapkan kematian. Kalau dia seorang berbuat …

Sedihnya aku..

Minggu lalu saya menerima berita yang mengejutkan. Kematian isteri seorang sahabat lama. Masih dikira muda. Tak dapat saya bayangkan kesedihan sahabat saya itu. Anak-anak masih kecil dan perjalanan seakan masih jauh. Tiba-tiba teman seperjalanan yang sekian lama setia dan bersama “hilang”. Saya resapkan kesedihannya. Saya letakkan diri di tempatnya. Ah, terlalu pedih. rasanyaApa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan ole…

Sebenarnya kita macam ni ke?

90% Kebanyakkan diantara,

KITA SEBENARNYA........... lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharam

KITA SEBENARNYA...........lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiul Awal

KITA SEBENARNYA...........lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad dari hari Jumaat

KITA SEBENARNYA........... lebih khusyuk mendengar lagu dari mendengar azan

KITA SEBENARNYA...........lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang

KITA SEBENARNYA.......... lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nabi-nabi Allah

KITA SEBENARNYA........... lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum

KITA SEBENARNYA...........lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid

KITA SEBENARNYA..........lebih suka memuji manusia daripada tuhan kita sendiri

KITA SEBENARNYA.........lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

KITA SEBENARNYA.........lebih suka konsert, kaaoke daripada ceramah agama

KITA SEBENARNYA..........lebih suka mengumpat dan bercakap hal orang lain daripada bercakap tentang …

Sila ambil perhatian

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENUMPANG-



Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

1.penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

2.bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudianPencipta kita.

3.bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.

4.pewanginya bukan Channel atau Polo, tetapi air mawar dan cendana.

5.pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.

6.visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.

7.pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

8.layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

9.destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau …

PENUNTUT JEPUN...

Nama saya Mohd Azman (bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di negara matahari terbit, Jepun.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan. Di harap kisah ini di jadikan teladan dan sempadan dalam kita menilai baik atau buruk setiap perbuatan dan tindakan kita.

Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf. Ada seorang budak Jepun tinggal bersama-sama emaknya di daerah Yamanashi. Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat sekali. Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University Ketika ini perangai Tatsuo-kun mu…

Manusia Paling Berpengaruh

Nabi Muhammad (SAW) berada di kedudukan nombor satu dalam 100 manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, dikira dari dari dahulu hinggalah sekarang.

Hal ini dinyatakan oleh Michael H. Hart seorang ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di Amerika Serikat dalam bukunya “The 100 yang terbit di Amerika Syarikat.

Menurut Michael Hart, Nabi Muhammad (SAW) adalah orang yang paling berpengaruh di antara jutaan penduduk dunia. “ini kerana baginda adalah satu-satunya manusia yang berhasil secara luar biasa, baik dalam kegiatan keagamaan mahupun pemerintahan”

Nama 100 orang paling berpengaruh ialah :

1 Nabi Muhammad SAW

2 Isaac Newton

3 Nabi Isa

4 Buddha

5 Confucius

6 Saint Paul

7 Tsai Lun

8 Johan Gutemberg

9 Chirstopher Columbus

10 Albert Einstein

11 Karl Marx

12 Louis Pasteur

13 Galileo Galilei

14 Aristoteles

15 V.I. Lenin

16 Nabi Musa

17 Charles Darwin

18 Chin Huang Ti

19 Agustus Caesar

20 Mao Tse-tung

21 Genghis Khan

22 Euclid

23 Martin Luther

24 Nicolas Copernicus

25 James Watt

26 Constantine the Great

27…

Pendayung Vs Professor

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang, selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.
Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?"

Tanya Professor tadi.

"Hampir semur hidup saya."

Jawab pendayung sampan itu dgn…

Racun Dan Penawar

Pasangan yang sedang bercinta sering merasakan hidup mereka begitu indah dan bahagia. Namun jangan terlalu selesa dengan hubungan cinta yang terjalin.

Hakikatnya, cinta seperti sepohon pokok yang baru ditanam. Ia perlu sentiasa dibaja dan disiram agar kekal subur. Jangan sekali-kali membiarkan pohon yang anda jagai itu dimakan anai-anai, ulat atau serangga perosak yang lain.

Begitu jugalah dengan cinta. Kasih sayang yang melimpah ruah bukan jaminan untuk memastikan cinta yang terjalin itu akan kekal bahagia selamanya.

Namun apa yang paling penting, jauhkan percintaan yang terjalin daripada racun-racun yang boleh merosakkan dan akhirnya, membinasakan cinta. Paling bahaya, racun cinta selalunya bukan hadir daripada orang lain, sebaliknya wujud di dalam diri anda sendiri.

Mungkin kamu tidak tahu akan racun yang dimaksudkan. Oleh itu, ikuti panduan dibawah. Usir racun yang ada di dalam diri anda itu dan tukarkannya dengan penawar yang bersesuaian.

Racun 1: Berbohong
Apabila si dia mengajak anda…

Salam

Image
Welcome