Tuesday, January 5, 2010

Jubah Buat Ibu


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.



Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.



Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A265820&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0blcaJJSb

Thursday, December 17, 2009

Kopi Tongkat Ali

Kepada semua,
Jika pasangan anda selalu minum kopi tongkat ali,
bacalah criter rekaan semata2 di bawah ini semoga akan jadi
teladan.
Harap maklum.
**************************************************


Pada suatu pagi, seorang isteri dengan lembut telah
bertanya kepada suaminya, "Abang nak makan apa pagi,
ni? Saya buatkan nasi lemak..nak? Atau abang nak nasi
goreng ke atau roti canai ke? Atau saya buatkan roti
telur nak?"

Suami jawab, "Tak payahlah. Abang tak ada selera
langsung nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal".

Sampai ke tengahari, isterinya pun bertanya lagi,
"Abang nak makan apa tengahari ni? Saya masakkan abang
kari daging...nak? Atau abang nak makan ikan ke atau
ayam ke? Saya boleh masakkan sambal atau sup atau sweet
& sour".

Suami jawab, "Tak payahlah. Abang masih tak ada selera
nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal!"

Sampai ke malam, isterinya pun bertanya lagi, "Abang
nak makan apa malam ni? Saya masakkan abang ayam goreng
...nak? Atau abang nak makan fish & chips ke atau
burger ke? Atau abang nak hotdog?"

Suami menjawab, "Tak payahlah! Abang masih tak ada
selera nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal!!!"

Lalu isterinya pun berkata, "Kalau begitu, boleh tak
abang tolong bangun dari atas saya sekejap!!!
Kalau abang tak nak makan, saya nak pergi makan pasal saya
dah lapar sangat ni!

Asyik naaakk enjooot aje!!! Rimaslah!!

Tuesday, December 8, 2009

Aurat Wanita

surah An-Nur yang bermaksud: "Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".

Mengikut pandangan Said bin Jubair dan Muqatil bin Hayyan, Al-Dohhak serta Qatadah: "Mereka (wanita) yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah wanita yang sudah terputus haid dan tidak dapat melahirkan anak kerana usia yang lanjut (menopaus).

"Mereka juga tiada minat dan keinginan untuk berkahwin (tiada nafsu). Maka tiada halangan bagi mereka untuk membuka jilbab (penutup muka), serta membuka jubah berwarna hitam yang biasa disarung pada tubuh selepas memakai jubah bagi tujuan tidak memperlihatkan perhiasan dalaman". (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:3, hlm: 404).

Dijelaskan lagi oleh Ibn Masud dan Mujahid: "Tiada perselisihan di kalangan para ulama mengenai rambut wanita tua, rambut wanita tua tetap tidak boleh dilihat oleh ajnabi (bukan mahram). Hukum berkaitan rambut adalah sama tiada bezanya antara yang perempuan tua dan muda.

"Maka yang diharuskan dalam ayat ini ialah wanita yang sudah tua harus baginya tidak menyelubung dengan kain hitam, dan kedua-dua tangan dan wajah harus dibuka. Ini kerana secara saintifiknya wanita tua tidak berkeinginan dan tidak menjadi perhatian orang lelaki". (Ibn al-'Arabiy, Ahkam al-Quran, jld:3, hlm:419).

Ibn al-'Arabiy melihat bahawa kalimah al-qawaaid yang membawa makna perempuan tua semata-mata tanpa yang lainnya kerana mereka tidak lagi bernafsu. Dalam tafsir al-Tabari, Ibn Jarir r.a menjelaskan bahawa: "wanita tua yang sudah tiada nafsu keinginan kepada hubungan jantina, ketika mana orang lelaki tidak lagi berminat kepada, maka diringankan kaedah menutup aurat keperingkat yang lebih mudah, tujuannya bagi meringankan bebenan yang mungkin memenatkan mereka. (Ibn Jarir al-Tabari, Tafsir al-Tabari).

Dalam ayat yang sama Allah SWT berfirman: Dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, iaitu tidak mendedahkan serta memperlihatkan perhiasan supaya dia dilihat, kerana yang demikian ialah sangat buruk dan sangat jauh dari kebenaran.

Kesimpulannya, wanita yang sudah berumur atau yang sudah lanjut usianya wajib menutup aurat seperti mana wanita yang baligh belum sampai usia tua. Namun Islam memberi sedikit kelonggaran untuk tidak menyelubung badan dan segolongan ulama mengharuskan bagi wanita tua mendedahkan wajah dan kedua tangan. Walaupun demikian sekiranya wanita-wanita tua itu mahu menutup auratnya seperti wanita muda itu adalah lebih baik.

Ini kerana perbuatan menutup aurat bukan untuk sekadar mengawal diri dari terdedah kepada gangguan seksual malahan sebagai tanda tunduk dan patuh kepada kehendak Allah yang menjadi akan segala sesuatu.

Kita rasa pelik ialah wanita di negara kita kebiasaannya di usia remaja hingga menemui usia tua mendedahkan aurat semahu mereka, apabila sudah tua baru terasa dekat dengan Allah SWT.

Manakala syariat Islam melalui sumber rujukannya al-Quran dan al-Sunnah mewajibkan wanita menutup aurat apabila mencapai usia baligh. Dan tidak salah kalau lebih awal daripada itu sebagai satu tarbiah. Kerana ketika mudalah Allah SWT mengurniakan manusia keindahan paras rupa yang menawan, lebih-lebih lagi yang bergelar wanita.

Sebab itulah Allah SWT mengkategorikan wanita sebagai perhiasan dunia yang bisa memporak-perandakan kaum Adam. Dan ada pula wanita yang merasakan dirinya hebat kerana ramai lelaki yang tersungkur dengan kecantikannya.

Seperkara perlu diingat betul-betul iaitu Allah memberi kemudian diuji dengan apa yang diberi untuk melihat tabiat manusia. Adakah dia kenal siapa yang memberinya nikmat tersebut atau dia alpa dengan apa yang dia ada?

Sangat beruntunglah mereka yang sedar bahawa apa yang dimilikinya adalah pinjaman dan setiap yang dipinjamkan perlu dipulangkan kepada tuannya.

Thursday, December 3, 2009

Bangau oh bangau.

Bangau oh bangau, Mengapa engkau kurus? Macamana aku tak kurus, Ikan tidak timbul.

Ikan oh ikan, Mengapa kau tak timbul? Macamana aku tak timbul, Rumput panjang sangat.



Rumput oh rumput,

Kenapa engkau panjang sangat?

Macamana aku tak panjang,

Kerbau tak makan aku.



Katak oh katak,

Kenapa panggil hujan?

Macamana aku tak panggil,

Ular nak makan aku.



Ular oh ular,

Mengapa nak makan katak?

Macamana aku tak makan.

Memang makanan aku.



Ini adalah sebuah cerita yang telah disampaikan secara tradisi dalam bentuk lagu kanak-kanak. Ia berpindah dari satu generasi ke satu generasi hinggalah kini. Apabila mendengar bait-bait lagu ini, terasa ada lucunya. Rentak lagu ‘monotonous’ itu memang menarik dan mudah menjadi hafalan kanak-kanak. Walaupun ianya lucu dan menghiburkan, namun bait-bait lagu ini mengandungi unsur sindiran yang sangat tajam, khusus buat sekumpulan masyarakat yang suka salah-menyalahkan orang lain. Masing-masing menuding jari kerana hendak berlepas diri daripada dipersalahkan.

Mengapakah lagu ini mengambil binatang-binatang seperti bangau, ikan dan katak sebagai pesalah? Begitu juga dengan alam semula jadi seperti rumput, hujan dan nasi? Mengapakah ia tidak menggunakan manusia sebagai karektornya? Adakah pencipta lagu ini juga termasuk ‘pesalah’ yang suka menyalahkan orang lain sehingga meletakkan pesalahnya kepada tumbuhan dan haiwan? Mungkin agaknya beliau hendak menjaga hati manusia, maklumlah justeru terdapat ramai manusia yang begitu sensitif bila ditegur dan tidak mahu mengaku pula kesalahan yang dibuat.

Lagu ini mengisahkan bangau, rumput, kayu, hujan dan lain-lainnya, yang masing-masing menyalahkan satu sama lain apabila terdapat kelemahan pada diri sendiri. Sikap salah-menyalahkan itu bermula daripada bangau sehinggalah berhenti kepada ular. Ular sahaja yang mengaku kesalahannya. Jika tidak, ada kemungkinan lagu atau kisah ini akan meleret-leret panjangnya. Pastinya, sikap salah-menyalahkan ini akan berterusan dan masalah tidak akan selesai.

Iktibarnya, kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah dalam masyarakat, setiap individu dari sekecil-kecilnya sehinggalah ke sebesar-besarnya (sama ada dari segi kedudukan atau pengaruh) sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing-masing. Tegasnya, setiap kita hendaklah melihat diri sendiri dahulu sebelum sewenang-wenangnya menuding jari. Kita perlu mencari apa yang salah, bukannya siapa yang salah. Apakah yang salah dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yang terbaik mengikut kemampuan dan pada lingkungan pengaruh kita. Ubahlah dan betulkanlah diri dahulu maka barulah kita akan berjaya membetulkan orang lain.

Secara sinisnya, ‘bangau’ hendaklah belajar menangkap ikan dalam keadaan rumput yang panjang kerana itu memang kerjanya. Jangan salahkan rumput yang panjang! Sepatutnya kalau ditanya, “Oh bangau, kenapa kau kurus? Bangau tak sepatutnya menyalahkan ikan tak timbul. Bukannya ikan yang perlu datang sendiri kepadanya. Bangau sendiri yang patut berusaha mendapatkan ikan itu. Begitu juga bagi lembu yang sakit perut, jangan disalahkan nasi yang mentah, kerana itulah risiko yang terpaksa ditanggungnya apabila makan tanpa usul periksa.

Dalam masyarakat apabila berhadapan dengan masalah, terdapat dua golongan iaitu golongan yang proaktif dan golongan yang reaktif. Golongan reaktif ialah golongan yang apabila berhadapan dengan masalah sering menyalahkan orang lain. Dan dia suka menumpukan masalah kepada lingkungan pengaruh orang lain. Jarang dia mahu memfokus pada lingkungan pengaruhnya. Misalnya apabila seseorang anak itu ditangkap kerana sesuatu masalah yang dilakukannya maka dengan pantas ia menyalahkan ibu-bapanya.

Jika ditanyakan kepada sianak, “Henapa awak jadi begini?”

Dia pun menjawab, ”Ini bukan salah saya. Ayah dan ibu saya yang salah!”

Manakala apabila ditanya kepada ibu-bapanya pula, lantas mereka pula menjawab, “ Ini bukan salah kami tetapi ini salah guru.”

Begitulah seterusnya.

Masing-masing melihat dan berlegar dalam lingkungan pengaruh orang lain yang tidak boleh dikawal. Kalau begini, sampai bila-bilapun masalah tidak akan selesai. Inilah bahana budaya menuding jari. Kenapa jadi bodoh, guru tidak pandai mengajar. Kenapa malas, sebab orang lain pun malas juga. Inilah sifat orang yang reaktif. Dan inilah yang sedang membudaya dalam masyarakat kita. Lihat sahaja masalah sosial dikalangan remaja, masing-masing menuding jari kepada orang lain.

Lawan kepada sikap reaktif ialah proaktif. Proaktif maksudnya apabila ia berhadapan dengan sesuatu masalah, berdepan dengan suatu peluang, dia akan menumpukan kepada apa yang dia boleh buat. Yakni dalam lingkungan pengaruh yang mampu dikawalnya. Walaupun pengaruh itu kecil, lama kelamaan ia akan bertambah. Jika kita mengubah diri kita, maka perubahan itu akan mampu mengubah orang lain. Sikap lebih berkesan daripada cakap. Jangan harapkan perubahan orang lain untuk mengubah diri kita. Orang yang proaktif ialah orang yang punya keyakinan diri, disiplin diri dan self- esteem (harga diri) yang tinggi. Ia bukan sahaja mampu mengawal diri bahkan akan mampu mengawal orang lain. Manakala orang yang reaktif pula ialah orang yang dicorakkan oleh keadaan. Ke mana dia pergi, dia akan dicorakkan kerana tiada kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan setiap masalah.

Dalam kes masalah sosial remaja setiap pihak hendaklah bersikap proaktif. Budaya ‘bangau oh bangau’ hendaklah dihentikan. Sebagai manusia yang telah akil baligh, yakni berfikiran waras, remaja tidak seharusnya terus menyalahkan ibu-bapa atas kesilapan dan kesalahannya. Firman Allah swt:

“Apabila dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa-apa yang diturunkan Allah! Maka jawab mereka: Tetapi kami mengikt apa-apa yang kami perolehi dari bapa-bapa kami. Meskipun bapa-bapa mereka itu tiada memikirkan suatu apapun dan tiada pula mendapat petunjuk.”

(Surah Al-Baqarah: 170)

Sekalipun, ibu-bapa tidak memainkan peranan yang betul, maka dengan fikiran dan ilmu yang didapati dari sekolah dan masyarakat para remaja sudah sewajarnya mampu menilai dirinya sendiri. Mereka adalah ‘pemandu’ pada kereta kehidupan mereka. Jika berlanggar jangan salahkan ibu-bapa, tapi salahkan diri sendiri. Dan tindakan selanjutnya ialah belajar lebih gigih agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Manakala bagi pihak ibu-bapa pula, janganlah terus menyalahkan guru atau masyarakat. Sebagai individu yang terapat dengan para remaja, tentulah pengaruh mereka lebih besar daripada mana-mana pihak dalam membentuk keperibadian anak-anak. Anak kita adalah hak kita dan Allah telah menetapkan bahawa kita adalah pencorak utama kepada akhlak mereka. Lupakah ibu-bapa kepada firman Allah ini:

“Anak-anak dilahirkan suci bersih, kedua ibu-bapanyalah yang akan menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi.”

Jadi ibu-bapa yang baik tidak akan menyalahkan guru, masyarakat dan kerajaan atas kerosakan anak mereka. Sebaliknya, mereka akan memperbaiki diri dan mula mendidik anak mereka dengan terlebih dahulu mendidik diri sendiri!

Begitulah juga masyarakat, pihak sekolah, para pemimpin – masing-masing hendaklah melihat dan bercermin pada hati nurani masing-masing. Apa akan jadi jika pemimpin menyalahkan rakyat dan rakyat pula menyalahkan pemimpin? Ingat-ingatlah, kita bukan bangau, kerbau atau ikan yang tidak punya akal fikiran. Allah sendiri mengiktiraf hak dan pilihan individu, maka atas dasar itu masing-masing akan ditanya mengikut peranan, kemampuan dan tanggung-jawab masing-masing. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa, hatta menyalahkan syaitan sekalipun! Jika kita terpedaya akan tipu-dayanya itu bukan salahnya, tetapi itu adalah salah kita… Kenapa kita boleh ditipu? Rasulullah saw bersabda:

“Setiap kamu adalah pengembala (pemimpin), dan setiap pengembala akan ditanya akan gembalaannya.”


Terdapat juga segolongan masyarakat yang tidak mengambil kisah tentang apa yang berlaku di sekelilingnya. Golongan ini bersikap in-aktif yakni tidak ambil kisah atau tidak mahu ambil tahu langsung tentang apa yang berlaku dalam masyarakat. Katakanlah, jika dia melihat masalah remaja, dia mungkin kata, “Biarkanlah, asalkan jangan terkena pada anak aku”. Dia lebih rela bersikap ‘tidak apa’ dengan apa yang telah berlaku. Hatinya buta, tidak prihatin dan tidak sensitif. Dia hanya menjaga kepentingan dirinya sahaja. Dia akan tercabar hanya apabila ada orang yang mengganggu ‘tepi kainnya’. Katakanlah, jika berlaku sesuatu tragedi buruk, dia akan berkata, “Itu di negeri lain, bukan di negeri aku. Jika berlaku di negerinya, dia akan kata, “Itu di negeri lain, bukan kampungku.” Apabila terjadi di kampungnya, dia boleh kata, “itu di kampung sebelah utara, saya kampung sebelah selatan.” Bila dia sedar? Apabila terkena batang hidungnya, barulah dia tersentak dan meminta pertolongan orang lain. Individu yang in-aktif ini tidak sedar bahawa hakikatnya manusia umpama penumpang sebuah kapal yang besar, yang mana kebocoran di mana-mana tempat akan menenggelamkan seluruh kapal jika kebocoran itu tidak ditampal bersama-sama. Sikap in-aktif sebahagian masyarakat ini mengingatkan kita pada ungkapan “Siluncai terjun dengan labu-labunya… biarkan, biarkan….”

Akhir sekali, bagi mengatasi masalah budaya reaktif ‘Bangau oh bangau’ dan sikap in-aktif ‘Siluncai terjun dengan labu-labunya’ maka kita perlulah bersikap berani. Berani mengakui kesalahan dan kelemahan diri. Berani menanggung risiko akibat pilihan dan perlakuan kita sendiri. Dan kemudian berani pula untuk memperbaiki kelemahan itu dengan meningkatkan ilmu, kemahiran dan sikap kita terhadap sesuatu perkara.

Kedua, kita perlu tahu akan kekuatan-kekuatan yang ada pada diri. Kita yakin pada kekuatan itu dan menambah serta mempertingkatkannya dari semasa ke semasa. Yakinlah setiap insan dilahirkan dengan keistimewaan masing-masing. Kita adalah unik dan terbaik dalam bidang-bidang tertentu. Kenali bidang itu dan terokailah dengan yakin. Bukankah bangau punya tengkuk yang panjang dan ikan mempunyai ketangkasan berenang dan menyelam? Dan dengan tengkuk yang panjang bangau boleh menyusup ke celah-celah rumput yang panjang dan dengan ketangkasan berenang dan menyelam ikan boleh timbul ke permukaan. Lihat pada apa yang ada, barulah kita bersyukur. Jangan dikenang apa yang tiada, nanti kita kufur…

Masa kecik2 dulu..

Tersebutlah kisah arnab sedang berjalan-jalan mencari makanan. Tiba-tiba ia terpandang seekor kura-kura yg merangkak-rangkak naik ke tepi sungai.



“Alahai, kura-kura. Mengapalah engkau lambat sangat? Bila nak sampai tu?”

“Sedikit-sedikitlah arnab. Lama-lama aku sampailah.” Jawab kura-kura.

“Hahaha…gelihati aku lihat cara engkau berjalan. Bilalah engkau nak sampai si tua lambat ni…ha..ha.”

“Jangan engkau hina aku arnab.”

“kalau lumba lari ni, engkau pasti kalah,” kata arnab.

“Belum cuba belum tahu arnab.” Jawab kura-kura.

“Baiklah aku cabar kau, siapa yg sampai dulu ke hutan sana, dia akan menang.”

“Baiklah. Aku terima cabaran kau,” jawab kura-kura.

Dan begitulah kisah itu bermula. Maka berlumbalah arnab dan kura-kura. Satu perlumbaan yang berat sebelah kelihatannya pada mata kasar justeru kaki, ketangkasan dan tenaga arnab jauh mengatasi kura-kura. Ya, setelah lebih separuh perlumbaan, kura-kura ditinggalkan jauh di belakang. Arnab terlampau yakin yang dia akan memenangi perkumbaan itu. Lalu berihat, dan akhirnya tertiudur. Namun babgi kura-kura dengan semangat,. Keyakinan dan kesungguhan dia terus merangkak dan akhirnya memenangi perlumbaan. Begitulah cerita Arnab dan Kura-kura yang sudah menjadi bahan bacaan hiburan kanak-kanak. Adakah ia hanya sekadar bacaan saja atau pendorong kanak-kanak itu berjaya? Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita pendik ini.

Apa yang kita boleh ambil pengajaran daripada cerita ini ialah jika hendak berjaya, bukanlah semestinya ada kepandaian. tidak semestinya ada kekuatan. Tetapi yang penting ialah sikap. Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang, maklumat yang dimilikinya, hanya menyumbang 3 % sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya 97% lagi ditentukan oleh sikapnya. Dalam kisah tadi, jika diukur dari segi fizikal, tentulah arnab ini lebih tangkas lagi. Kakinya lebih panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti ia sudah mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab itu sendiri menyebabkan ia gagal.


Apakah sikap negatif yang ada pada arnab? Apa yang menyebabkan ia gagal? Sikap itu ialah sambil lewa, sikap over confident, sikap bertangguh, sikap berpuas hati dan suka memandang rendah terhadap orang lain. Oleh kerana sikapnya tidak betul, walaupun bakatnya tinggi, walaupun tenaganya banyak, dan mungkinlebih pandai dari kura-kura, tetapi akhirnya arnab kalah dalam perlumbaannya dengan kura-kura kerana sikapnya yang negatif. Bagi kura-kura pula walaupun kakinya pendek dan tiada kekuatan seperti arnab, tetapi sikapnya betul. Sikap kura-kura ialah lawan kepada sikap arnab tadi. Kura-kura ini nampak matlamatnya. Walaupun ia telah ketinggalan, tetapi matlamatnya sentiasa di hadapan. Ia tidak mengubah-ubah matlamatnya. Matlamat ia hendak menang dalam perlumbaan. Dan itu terus dipertahankannya hingga berjaya. Sebaliknya, arnab ini pula matlamatnya berubah-ubah. Apabila ia sampai di tengah jalan, matlamatnya berubah kepada hendak berehat yang kemudian tertidur.








Kedua, sikap kura-kura yang positif ialah konsisten ataupun istiqomah. Ia tetap meneruskan perlumbaan walau apapun terjadinya. Misalnya, walau ia telah ketinggalan, ia tetap merangkak juga. Inilah sikap istiqomah. Seterusnya, sikap kura-kura ialah sabar. Kura-kura mempunyai kesabaran tinggi dalam menempuh dugaan sepanjang perjalanan. Mungkin perjalanan itu terlalu jauh bagi ia sebab memang jauh. Jika dekat, masakan arnab boleh tertidur di tengah jalan. Walaupun begitu, kura-kura mecuba juga. Kura-kura tetap teruskan walaupun ia tidak nampak arnab di hadapan. Inilah sikap sabar.Kura-kura juga mempunyai harga diri yang tinggi. Sikap inilah yang menyebabkan ia menyahut cabaran arnab. Ia tidak mahu dihina. Semua sikap-sikap ini memberi kredit atau kelebihan kepada kura-kura. Dari segi fizikalnya arnab lebih tangkas. Tetapi dari segi fizikal, mental, jiwa dan emosinya, kura-kura lebih stabil.

Perbandingan cerita arnab dan kura-kura ini boleh kita padankan dengan kehidupan manusia sebenarnya. Pertama, ada manusia yang kita lihat kadang-kadang mempunyai kecerdikan dan kekayaan yang pada zahirnya boleh menyebabkan mereka berjaya, tetapi tak berjaya juga dalam hidup. Kenapa? Ini kerana sikap mereka. Mungkin mereka ada sikap buruk seperti arnab tadi. Mereka tidak konsisten, tiada harga diri, angkuh, berubah matlamat, terlalu yakin dan sebagainya.

Dalam pendidikan anak-anak, misalnya kita nampak seorang anak itu tidaklah mempunyai pemikiran yang tinggi. Kecerdikan ataupunIQ yang juga tidak tinggi tetapi jika dia mempunyai disiplin diri dan sikapnya betul seperti menepati waktu, mempunyai matlamat, berjiwa besar dan sebagainya, maka dialah yang akan berjaya. Sekalipun anak itu tiada bakat atau kepandaian, tetapi dia tampil lebih berjaya daripada anak yang lain yang mungkin lebih pandai tetapi malas, tiada keyakinan diri, tidak committed dalam melakukan dan sebagainya. Kita boleh belajar dari kisah arnab dan kura-kura ini.

Kedua, menerusi cerita ini kita tahu Allah swt tidak suka orang yang sombong. Orang sombong seperti arnab yang suka menghina orang lain, sebenarnya dia telah membuktikan bahawa dirinyalah yang lebih hina daripada orang yang dihina itu. Seseorang telah menjatuhkan dirinya terlebih dahulu kalau dia menghina orang yang ingin dijatuhkannya dengan penghinaan itu. Sekiranya kita lihat seseorang itu miskin, ada kelemahan atau kekurangan, maka Allah melarang kita menghina mereka. Sedangkan seseorang yang terang-terangan membuat kejahatan atau penganiayaan, pun masih tidak boleh dipandang hina (mungkin disebabkan kejahilannya). Apa yang hina ialah perbuatannya sahaja bukan orangnya.

Apabila arnab memandang hina kura-kura, menunjukkan dia bersikap takbur dan sombong. Sebaliknya, kura-kura yang dihina pula, ia membela maruah diri dengan menyahut cabaran arnab itu. Dalam Islam, kalau orang menghina kita, janganlah kita balas dengan melawannya. Sebaliknya, bangunkanlah sikap ingin memajukan diri. Hinaan arnab terhadap kura-kura tidak menyebabkan kura-kura menghinanya balik, tetapi kura-kura berusaha untuk membuktikan bahawa dirinya bukanlah seperti yang diperkatakan oleh arnab. Ia buktikan bahawa dia sebenarnya mempunyai kelebihan dan kekuatan dalaman.

Apa yang boleh kita belajar dalam kehidupan manusia ini ialah apabila seseorang itu mulai ego, dia telah memusnahkan dirinya sendiri. Oleh sebab itu apabila kita lihat sepanjang sejarah, misalnya dalam Al-Quran. Kisah Namrud, Firaun dan semua orang yang ego akan hancur akhirnya. Oleh itu, dalam hidup ini kita tidak boleh ego. Apakah yang dikatakan ego? Antara sifat ego ialah merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Apabila merasakan diri baik, dari sudut perkembangan diri, tidak akan muncul lagi usaha hendak meningkatkan diri. Tidak timbul lagi dorongan untuk berjaya. Bagi kura-kura tadi, apabila menerima cemuhan, ia menjadi pendorong untuk lebih maju dan sebagainya.

Sekiranya kita padankan dengan permasalahan umat Islam kini, umat Islam dikatakan jauh ketinggalan dari kaca mata Barat. Simboliknya Barat adalah arnab dan umat Islam adalah kura-kura. Barat menghina kita kononnya Islam ini militan, mundur, dan sebagainya. Ini kerana Barat merasakan mereka hebat pada teknologinya. Pendapatan per kapital dan hasil eksportnya tinggi. Oleh sebab itu, Amerika memandang hina kepada negara-negara Islam dan negara dunia ketiga. Peristiwa 11 September telah menghilangkan keegoan Barat yang mempunyai peralatan yang sophisticated, perisikan yang begitu canggih dan berkaedah saintifik tinggi, al hasil mereka masih tidak dapat mengesan atau menjangka apa yang akan berlaku serangan ke atas Pusat Dagangan New York dan Pentagon. Sekelip mata ia hancur apabila kapalterbangnya dalam negara sendiri merempuhnya. Ini menunjukkan Amerika yang sombong tadi dihina oleh Allah disebabkan memandang rendah orang lain. Ia jadi arnab yang ‘dikalahkan’ oleh kura-kura.

Soalnya sekarang ialah apakah umat Islam boleh mencontohi sifat kura-kura yang istiqomah itu? Memang kita telah ketinggalan dari segi kebendaan dan pensenjataan, namun kita masih punya harga diri, apakah mereka boleh bangun balik dalam bidang ekonomi, politik, sains, hatta dalam bidang ketenteraan sekalipun. Apakah umat Islam bergerak seperti kura-kura, walaupun ketinggalan tetapi masih merangkak dan terus meluru untuk mencapai kemenangan. Ini kerana race atau perlumbaan kita ini masih belum habis. Kini boleh di katakan, mungkin ini baru separuh atau pertengahan jalan. Walau bagaimanapun, umat Islam tidak boleh cepat mengalah dengan men yangka mereka tidak akan boleh menandingi Barat sebab perlumbaan masih lagi berlansung. Tambahan pula, kita masih tidak tahu lagi hujungnya di mana?

Kisah arnab dan kura ini mempunyai pengajaran yang amat besar. Ertinya umat Islam mesti mempunyai satu sikap yang betul. Di sinilah cabarannya. Unsur yang utama dalam membentuk sikap seseorang ialah keyakinan atau iman seseorang. Iman seseorang itu membentuk sistem nilai. Dan apabila iman mantap, sistem nilai kitapun mantap. Kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk mengikut ukuran Tuhan, bukan mengikut ukuran kita. Ini dorongan yang kuat untuk kita sebab manusia ini akan terdorong melakukan sesuatu perkara mengikut nilainya. Jika sesuatu yang dibuat itu rasa baik dan menguntung, dia akan perbuat. Tetapi jika dia rasa itu membahayakan dan merugikan, dia tinggalkan. Dan yang hendak menentukan baik atau buruk ialah sistem nilai yang ada pada diri ialah keyakinannya. Oleh itu, jika kita boleh iman kita ubah dari goyah kepada mantap, keyakinan diri kita akan mantap, dan ini menjadikan sistem nilai kita menjadi kuat. Apabila sistem nilai kuat, dorongan untuk melakukan sesuatu yang baik adalah tinggi dan dorongan meninggalkan sesuatu yang buruk juga tinggi. Daripada inilah kita akan membentuk sikap yang betul. Maka gabungan keyakinan, nilai, dorongan dan kelakuan (sikap) inilah yang akan membina kekuatan umat Islam semula. Inilah iktibar besar yang boleh kita ambil dari kisah kecil… ceita arnab dan kura-kura!

Masa itu ..nyawa

Antara bekalan yang diberikan oleh Allah kepada manusia ialah nyawa. Dengan nyawa kita hidup dan dengan hidup itu kita diberi peluang untuk melaksanakan misi hidup kita. Justeru, kita perlu bersyukur jika masih diberi kesempatan untuk terus hidup. Nyawa (hidup) ini sangat berharga. Nyawa ini adalah “modal” untuk meraih keuntungan di dunia dan di akhirat.
Oleh sebab itu nyawa termasuk dalam 4 perkara yang diletakkan dalam kategori dharuriyat bersama-sama dengan agama, keturunan dan harta. Selepas kita bangun daripada tidur, kita disunatkan berdoa dengan doa ini:
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”Ingatlah, hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hari Akhirat. Kebaikan di akhirat tidak akan dapat diraih tanpa kehidupan di dunia. Justeru, di dalam Islam kita dilarang “meminta’ mati apatah lagi membunuh diri. Rasulullah SAW bersabda:
“janganlah seseorang kamu mengharapkan kematian. Kalau dia seorang berbuat kebaikan, mudah-mudahan bertambah kebaikannya, dan kalau dia orang berbuat salah, mudah-mudahan dia bertaubat.” (Riwayat Bukhari).

MENGHARGAI MASA
Apakah tanda kita menghargai nyawa? Jawabnya mudah, kita mesti menghargai masa! Masa hakikatnya adalah nyawa kita. Membazirkan masa atau menggunakan masa tidak selaras mengikut tujuan ia dikurniakan hakikatnya “membuang” nyawa sendiri. Lihat betapa Allah sangat mengutamakan masa walaupun Allah sendiri tidak terikat dengan masa. Masa itu ciptaan Allah dan sekali-kali ia tidak memberi kesan ke atas-Nya.

Walau bagaimanapun dalam mendidik manusia, Allah sangat mengutamakan masa. Buktinya, Allah telah berkali-kali bersumpah dengan masa (Surah Al Asr) dan juga kejadian-kejadian yang ada kaitannya dengan masa seperti bulan, matahari, siang, malam, waktu subuh dan sebagainya. Ini menunjukkan betapa Allah sangat pentingkan masa.

Begitu juga diterangkan Allah suka para hamba-Nya mendirikan solat pada waktu 2/3 malam (dinihari). Ini menunjukkan bahawa di sisi Allah ada waktu-waktu yang tertentu yang lebih disukai-Nya. Ada juga diberitakan dari hadis-hadis bahawa ada masa-masa tertentu yang mana doa lebih dimakbulkan oleh Allah berbanding masa-masa yang lain. Semua ini menunjukkan betapa Allah sangat “prihatin” dengan masa.

ISLAM DAN MASA
Al hasil, dalam ajaran Islam, ibadat-ibadat kerap dikaitkan dengan masa. Umpamanya, sembahyang ada lima waktu, puasa wajib hanya setelah muncul anak bulan Ramadhan. Begitu juga dengan Hari Raya, ibadat haji dan sebagainya – semuanya ada waktu-waktu yang telah ditentukan. Untuk menentukan waktu-waktu ini, secara tidak langsung Allah memerintahkan kita sentiasa perjalanan bulan dan matahari sekali gus agar umat Islam akan sentiasa peka dan mementingkan masa.

Selain itu dengan selalu melihat perjalanan masa (bulan, matahari, siang, malam) akan tersingkaplah rahsia kebesaran Allah sebagai Pengkarya yang paling agung dan sempurna. Bertitik-tolak sikap inilah berkembangnya pelbagai disiplin ilmu berasaskan pengamatan terhadap masa. Antaranya, ilmu sains dan matematik. Jadi tidak hairanlah jika umat Islam menjadi “imam” dalam ilmu sains dan teknologi satu ketika dulu. Ironinya, kini kita ketinggalan. Ya, mungkin akibat tidak “mementingkan” perjalanan masa seperti umat terdahulu!

BAGAIMANA MENGHARGAI MASA = NYAWA?
Ramai orang mengalami masalah bagaimana mendisiplinkan masa. Tetapi hakikatnya jika kita mengamalkan ajaran Islam secara total, maka masa seseorang akan terurus secara automatik. Misalnya, waktu sembahyang. Jika dijaga dengan baik, hidup akan terdisiplin dengan sendirinya. Begitu juga dengan pengurusan masa. Bayangkan, jika seseorang bersembahyang lima kali dalam sehari, maka dengan sendirinya dia akan sentiasa mengawasi masa. Mana mungkin orang yang benar-benar menjaga solat 5 waktu, terlalai dalam hidupnya?

Kehidupan terlalu singkat untuk dosa dan perkara sia-sia. Seperti yang ditegaskan sebelumnya bahawa Allah ciptakan manusia untuk beribadah. Hidup yang sementara dan singkat ini hanyalah satu persediaan untuk satu kehidupan yang abadi. Jika dinisbahkan tempoh hidup di dunia (katalah 63 tahun) berbanding hidup di akhirat (yang infiniti)… nisbah 1: 1,000 000 pun belum memadai. Kalau diibaratkan berniaga, modalnya cuma seringgit tetapi potensi mendapat untungnya berlipat ganda hingga sejuta ringgit apakah kita akan abaikan atau sia-siakan yang seringgit itu? Pasti tidak, kita akan gunakan sebaik-baiknya.

BAGAIMANA MENILAI MASA?
Menyedari hidup terlalu singkat tetapi sangat berharga inilah maka Islam bukan sahaja melarang kita melakukan perkara-perkara dosa, malah perkara yang sia-sia. Bahkan, jika seluruh masa dalam hidup ini dihabiskan dalam ketaatan pun, manusia masih tidak mampu membalas seluruh kebaikan Tuhan. Apatah lagi, kalau banyak masa yang buang sia-sia. Mereka yang mensia-siakan masa adalah orang yang “bankrap “dalam “perniagaannya” dengan Tuhan. Benarlah kata Sayidina Ali:
“Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, ia yang akan memancung kamu.”

Anehnya, masa tidak diukur melalui kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkat, panjang atau pendeknya tetapi bergantung pada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan. Imam Nawawi RH misalnya, ulama yang tidak panjang usianya tetapi begitu besar jasanya. Malah, hingga kini kitab-kitab yang ditulisnya dinilai “sangat luar biasa” bukan sahaja dari segi kerelevanan dan ke signifikannya tetapi juga tempoh masa untuk menghasilkannya berbanding usianya yang relatif singkat!

Lihat juga masa pemerintahan Umar Ibn aziz RA yang begitu pendek (hanya sekitar dua tahun) berbanding masa pemerintahan khalifah Bani Umayyah yang lain tetapi terus dikenang sebagai pemerintahan yang sangat mirip dengan Khulafaur Rasyidin. Bukan kerana kuantiti masa pemerintahannya tetapi kerana kualiti kepimpinannya – Umar Ibn Aziz mengatasi kredibiliti khalifah-khalifah yang lain.

Lihat pula bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabat yang begitu “mencemburui” tempoh masa berjihad dan beribadat oleh seorang mujahid silam Bani Israel bernama Samun Al Ghazi menerusi turunnya surah Al Qadar yang menunjukkan betapa kualiti ibadah malam itu (oleh umat nabi Muhammad SAW) melebih 1000 malam.

Kuantiti masa tidak boleh “dipanjangkan” tetapi kualitinya boleh dipertingkatkan. Justeru dalam Islam banyak hadis yang menjelaskan tentang fadilat sesuatu amalan yang digandakan melebihi tempoh masa dan tenaga yang digunakan. Misalnya, Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa sesiapa yang bersolat jemaah Isyak dan Subuh, maka dia seolah-olah telah beribadah sepanjang malam. Juga bagi orang yang berfikir sesaat hingga terasa kebesaran Allah lebih baik daripada beribadah selama setahun!

ANCAMAN MASA
Namun, ganjaran selalu datang beriringan dengan ancaman. Bagi mereka yang bertangguh-tangguh, ada hadis “mengancam”. Antaranya, Rasulullah SAW bersabda:
” Barang siapa yang telah mencapai umur 40 tahun tetapi kejahatannya masih mengatasi kebaikannya maka bersiap-siaplah masuk ke neraka.”
Hadis tersebut bukan bererti “menutup pintu taubat sebelum masanya”, tetapi hanyalah ancaman buat mereka yang tidak menghargai nyawa (masa).

Seseorang ‘Asi (pendosa) yang telah melangkaui usia 40 tahun, dikira sudah liat dan keras untuk membuat “pusingan U” dalam hidupnya. Nafsunya telah begitu buas untuk dijinakkan walaupun mungkin sudah kehilangan tenaga untuk melakukan kejahatan. Jadi, berhati-hati sebaik mencapai usia akil baligh (sekitar 15 tahun bagi lelaki dan lebih awal daripada itu bagi seorang wanita), wisel “perlumbaan” menuju Tuhan telah pun ditiup. Larian menuju Allah telah pun dimulakan.

Pukul rata umat nabi Muhammad SAW ialah sekitar 63 tahun (mengikut satu hadis). Justeru, bolehlah dikatakan umur 40 tahun ialah tempoh seorang mencapai tahap “kelelahan” dalam perlumbaan itu. Sedangkan menurut psikologi Barat, ‘hidup bermula pada umur 40 tahun – Life begin at forty.”

Jadi kita di mana? Apakah kita rasa umur 40 tahun itu telah “di hujung” atau masih baru bermula? Ramai juga yang terpengaruh dengan fahaman Barat hingga tergamak mengatakan, masa muda tidak mengapa “terbuat” jahat, nanti tua baru bertaubat? Pada hal menurut Imam Ghazali, kejahatan itu tumbuh dalam diri manusia umpama akar sepohon kayu,yang semakin lama dibiarkan semakin kukuh ia mencengkam. Kalau hendak “mencabut” kejahatan daripada seseorang, cabutlah pada usia mudanya kerana bila sudah tua akar kejahatan itu sudah mencengkam dan sukar untuk diungkai!

Di padang Mahsyar nanti, antara satu soalan daripada empat soalan yang Allah akan tanya ialah, “ke mana umur muda mu dihabiskan?”. Tuhan tidak bertanyakan umur tua. Ini menunjukkan betapa bernilainya masa muda berbanding tua. Sehubungan dengan itu Nabi Muhammad SAW juga telah mengingatkan dalam sebuah hadisnya:
“Pergunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat, sebelum sakit. Masa muda sebelum tua. Masa lapang sebelum sibuk. Masa kaya sebelum miskin. Masa hidup sebelum mati. “
Jika kita benar-benar sedar hakikat ini, seharusnya, tidak timbul soal bertangguh, membuang masa dan membazir waktu dalam kehidupan.

TUJUAN HIDUP ASAS PENGURUSAN MASA
Menguruskan masa dengan baik, bermula dengan penetapan tujuan hidup. Apa tujuan hidup kita? Ini adalah persoalan asas yang mesti diselesaikan sebelum menguruskan masa. Ya, seperti yang ditegaskan pada awal-awal lagi, tujuan hidup kita adalah untuk menjadi hamba Allah dan khalifah. Untuk mencapai tujuan ini seluruh aktiviti kita hendaklah sentiasa tertakluk kepada hukum Allah.
Tegasnya, kita akan buat perkara yang wajib, halal, harus dan sunat. Manakala yang haram dan makruh kita akan tinggalkan. Begitu juga dengan perkara yang sia-sia atau “lagha”, juga kita tinggalkan. Oleh itu, jika hidup diatur mengikut syariat, maka secara automatik masa kita akan dihabiskan untuk membuat perkara yang baik, benar dan betul yakni yang halal, harus dan sunat.

Malah kita juga dituntut untuk memilih antara dua perkara yang boleh dilakukan mana yang lebih utama? Misalnya, bila bertembung antara mengerjakan umrah dengan membantu orang yang susah, maka lebih utama kita dahulukan membantu orang yang susah.

MENYUSUN HIDUP
Sebenarnya jika kita melaksanakan hukum-hakam Islam, maka secara automatik masa akan terurus dengan baik. Ini kerana kebanyakan hukum-hakam Islam sangat mementingkan ketepatan dan pengamatan terhadap masa. Contohnya, solat lima waktu. Ia punya waktu-waktunya tersendiri. Jika kita hendak solat Subuh misalnya, maka kita akan bangun awal dari tidur. Kita tidak akan tidur berlebihan hingga bangun lewat. Untuk bangun tidur awal tentulah kita tidak akan berjaga hingga larut malam.

Begitu juga dengan zakat, puasa dan haji semuanya mempunyai had masa bagi pelaksanaannya. Tegasnya, apabila seseorang itu menjaga solat, puasa, zakat dan hajinya maka seluruh persoalan hidupnya akan terurus dengan baik. Atau dengan kata-kata yang lain, dia telah menguruskan nyawanya dengan cekap dan berkesan!

Sedihnya aku..

Minggu lalu saya menerima berita yang mengejutkan. Kematian isteri seorang sahabat lama. Masih dikira muda. Tak dapat saya bayangkan kesedihan sahabat saya itu. Anak-anak masih kecil dan perjalanan seakan masih jauh. Tiba-tiba teman seperjalanan yang sekian lama setia dan bersama “hilang”. Saya resapkan kesedihannya. Saya letakkan diri di tempatnya. Ah, terlalu pedih. rasanyaApa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.

Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abu Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Tinggallah Rasulullah SAW dengan kekasih hatinya, Khadijah. Namun, tidak berapa lama Khadijah pula mengikut jejak bapa saudaranya. Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan.

Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.

Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.

Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”

Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.

Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:
“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”

Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Tulisan ini cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki itu. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat – ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”

Wednesday, December 2, 2009

Sebenarnya kita macam ni ke?

90% Kebanyakkan diantara,

KITA SEBENARNYA........... lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharam

KITA SEBENARNYA...........lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiul Awal

KITA SEBENARNYA...........lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad dari hari Jumaat

KITA SEBENARNYA........... lebih khusyuk mendengar lagu dari mendengar azan

KITA SEBENARNYA...........lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang

KITA SEBENARNYA.......... lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nabi-nabi Allah

KITA SEBENARNYA........... lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum

KITA SEBENARNYA...........lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid

KITA SEBENARNYA..........lebih suka memuji manusia daripada tuhan kita sendiri

KITA SEBENARNYA.........lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

KITA SEBENARNYA.........lebih suka konsert, kaaoke daripada ceramah agama

KITA SEBENARNYA..........lebih suka mengumpat dan bercakap hal orang lain daripada bercakap tentang kebaikan mereka

KITA SEBENARNYA...........lebih suka merapu daripada menyebut masyaAllah

KITA SEBENARNYA...........lebih suka kemungkaran daripada membuat kebajikan

KITA SEBENARNYA.........lebih berbangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

KITA SEBENARNYA..........lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI....................................Bila orang bertanya arah tujuan kita, kita pasti akan menjawab

KITA SEBENARNYA............... lebih suka menuju ke SYURGA daripada NERAKA

LAYAKKAH KITA DENGAN SYURGA MILIK ALLAH??????

WALLAHUALAM

"HAI KAUMKU, SESUNGGUHNYAKEHIDUPAN DIDUNIA INI HANYALAH KESENANGAN SEMENTARA DAN SESUNGGUHNYA AKHIRAT ITULAH NEGERI YANG KEKAL. BARANG SIAPA MENGERJAKAN PERBUATAN JAHAT, MAKA DIA TIDAK AKAN DIBALASI MELAINKAN SEBANDING KEJAHATAN ITU. DAN BARANG SIAPA MENGERJAKAN AMALAN YANG SOLEH BAIK LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN SEDANG IA DALAM KEADAAN BERIMAN, MAKA MEREKA AKAN MASUK SYURGA, MEREKA DIBERI REZEKI DI DALAMNYA TANPA HISAB" surah Al Mukmin 39-40

Sila ambil perhatian

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENUMPANG-



Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

1.penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

2.bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudianPencipta kita.

3.bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.

4.pewanginya bukan Channel atau Polo, tetapi air mawar dan cendana.

5.pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.

6.visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.

7.pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

8.layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

9.destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

10.ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

11.pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland , Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

12. tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.

13. lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

14.destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

15.Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.

16.Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.

17.Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

18.Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

19.Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya!Berita Baik!!

10.Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! 'sekiranya' anda boleh!

PERINGATAN PENTING!
Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan.

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

PENUNTUT JEPUN...

Nama saya Mohd Azman (bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di negara matahari terbit, Jepun.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan. Di harap kisah ini di jadikan teladan dan sempadan dalam kita menilai baik atau buruk setiap perbuatan dan tindakan kita.

Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf. Ada seorang budak Jepun tinggal bersama-sama emaknya di daerah Yamanashi. Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat sekali. Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di rumah. Hendak dipendekkan cerita, Maciko-san telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya. Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan saya berlaku. Ia terjadi DI DEPAN MATA saya sendiri. Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya.

Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada. Tatsuo-kun dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata "Makcik ni silap orang la..". Saya berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata. Maciko-san memegang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah menolak emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta.

Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di dalam televisyen rumah saya saja. Lantas saya mengambil remote controller dan menukar ke siaran yang lain.

Manusia Paling Berpengaruh

Nabi Muhammad (SAW) berada di kedudukan nombor satu dalam 100 manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, dikira dari dari dahulu hinggalah sekarang.

Hal ini dinyatakan oleh Michael H. Hart seorang ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di Amerika Serikat dalam bukunya “The 100 yang terbit di Amerika Syarikat.

Menurut Michael Hart, Nabi Muhammad (SAW) adalah orang yang paling berpengaruh di antara jutaan penduduk dunia. “ini kerana baginda adalah satu-satunya manusia yang berhasil secara luar biasa, baik dalam kegiatan keagamaan mahupun pemerintahan”

Nama 100 orang paling berpengaruh ialah :

1 Nabi Muhammad SAW

2 Isaac Newton

3 Nabi Isa

4 Buddha

5 Confucius

6 Saint Paul

7 Tsai Lun

8 Johan Gutemberg

9 Chirstopher Columbus

10 Albert Einstein

11 Karl Marx

12 Louis Pasteur

13 Galileo Galilei

14 Aristoteles

15 V.I. Lenin

16 Nabi Musa

17 Charles Darwin

18 Chin Huang Ti

19 Agustus Caesar

20 Mao Tse-tung

21 Genghis Khan

22 Euclid

23 Martin Luther

24 Nicolas Copernicus

25 James Watt

26 Constantine the Great

27 George Washington

28 Michael Faraday

29 James Clerk Maxwell

30 Orville dan Wilbur Wright

31 Antoine Laurent Lavoisier

32 Sigmund Freud

33 Iskandar Zulkarnaen

34 Napoleon Bonaparte

35 Adolf Hitler

36 William Shakespeare

37 Adam Smith

38 Thomas Edison

39 Anton van Leuwenhoek

40 Plato

41 Gugleilmo Marconi

42 Ludwig van Beethoven

43 Werner Heisenberg

44 Alexander G. Bell

45 Alexander Fleming

46 Simon Bolivar

47 Oliver Cromwell

48 John Locke

49 Michelangelo

50 Paus Urban II

51 Umar bin Khatab

52 Asoka

53 Sain Augustine

54 Max Planck

55 John Calvin

56 William Morton

57 William Harvey

58 Antoine Becquerel

59 Greger Mendel

60 Joseph Lister

61 Nicholas August Otto

62 Louis Daguerre

63 Joseph Stalin

64 Rene Descartes

65 Julius Caesar

66 Francisco Pizarro

67 Hernando Cortes

68 Ratu Isabella I

69 William the Congqueror

70 Thomas Jefferson

71 Jean Jasques Rousseau

72 Edward Jenner

73 Wilhelm Rontgen

74 Johan Sebastian Bach

75 Lau-tzu

76 Enrico Perni

77 Thomas Maltus

78 Francis Bacon

79 Voltaire

80 John F. Kennedy

81 Gregory Pincus

82 Sui Wen Ti

83 Mani (Manes)

84 Vasco da Gama

85 Charlemagne

86 Cyrys the Great

87 Leonard Euler

88 Nicollo Machiavelli

89 Zoroaster

90 Menes

91 Peter the Great

92 Mencius

93 John Dalton

94 Homer

95 Ratu Elizabeth I

96 Justinian I

97 Johannes Kepler

98 Pablo Picasso

99 Mahavira

100 Niels Bohr.

Sumber : (Newsweek 31 Julai 1978)

Pendayung Vs Professor

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang, selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.
Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?"

Tanya Professor tadi.

"Hampir semur hidup saya."

Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?"

Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.
Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi,

"Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."

Kata Professor itu lagi

"Kamu tahu biologi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?"

Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan."

Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,

"Kamu tahu berenang?"

Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu."

Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Moral Cerita:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara² penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?

Racun Dan Penawar

Pasangan yang sedang bercinta sering merasakan hidup mereka begitu indah dan bahagia. Namun jangan terlalu selesa dengan hubungan cinta yang terjalin.

Hakikatnya, cinta seperti sepohon pokok yang baru ditanam. Ia perlu sentiasa dibaja dan disiram agar kekal subur. Jangan sekali-kali membiarkan pohon yang anda jagai itu dimakan anai-anai, ulat atau serangga perosak yang lain.

Begitu jugalah dengan cinta. Kasih sayang yang melimpah ruah bukan jaminan untuk memastikan cinta yang terjalin itu akan kekal bahagia selamanya.

Namun apa yang paling penting, jauhkan percintaan yang terjalin daripada racun-racun yang boleh merosakkan dan akhirnya, membinasakan cinta. Paling bahaya, racun cinta selalunya bukan hadir daripada orang lain, sebaliknya wujud di dalam diri anda sendiri.

Mungkin kamu tidak tahu akan racun yang dimaksudkan. Oleh itu, ikuti panduan dibawah. Usir racun yang ada di dalam diri anda itu dan tukarkannya dengan penawar yang bersesuaian.

Racun 1: Berbohong
Apabila si dia mengajak anda makan di restoran makanan segera kegemarannya, anda sentiasa mengikut tanpa sebarang bantahan. Kemudian apabila si dia bertanya tentang makanan yang dihidangkan, anda menyatakan makanan di situ sangat sedap dan kena dengan selera anda. Hakikatnya di dalam hati, anda merungut kerana tidak berselera menjamu selera di situ dan berharap itulah kali terkahir anda menjamu selera di restoran tersebut

Penawar: Jujur
Pembohongan paling elok jika digantikan dengan sifat jujur dan berterus-terang. Mungkin untuk kali pertama anda terpaksa berbohong kerana tidak sampai hati untuk mengecewakannya. Tetapi jika pembohongan demi pembohongan anda lakukan secara berterusan, nescaya ia akan memakan diri anda sendiri pada masa akan datang. Tidak perlu takut untuk mengatakan perkara sebenar kerana kejujuran yang anda nyatakan lebih bermakna kepada si dia daripada menjamu selera di restoran tersebut.

Racun 2: Egois
Tidak dinafikan di dalam diri setiap individu punya sikap ego walaupun kecil. Malah ada juga segelintir orang yang mahu keinginannya dituruti walaupun untuk perkara-perkara yang terlalu kecil. Namun harus dingat, permintaan tersebut perlulah relevan dengan keadaan dan situasinya.

Apabila si dia menolak permintaan anda, mulut anda tidak henti-henti mengomel dan menuduh si dia mementingkan diri sendiri. Namun apabila anda diminta melakukan sesuatu dengan mudah anda menolak. Apabila si dia memberontak, anda tuduh pula si dia tidak mengerti perasaan anda. Langsung tiada tolak ansur dalam hubungan yang terjalin.

Penawar: Memahami
Salah satu kunci keharmonian dan kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan adalah sikap saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain. Memang diakui adakalanya sukar untuk menahan diri kita daripada terus bersikap egois, namun ada masanya kita juga perlu memikirkan hati dan perasaan orang lain.

Cara terbaik untuk menghilangkan sikap egois dalam diri anda, cubalah letakkan diri anda di tempat pasangan anda apabila anda meminta si dia melakukan sesuatu. Fikirlah wajar atau tidak permintaan anda itu dituruti dan adakah diri anda sendiri sanggup untuk melakukannya? Apabila anda sentiasa berfikir begitu, keputusan serta permintaan yang keluar daripada mulut anda pastinya lebih rasional dan tidak diselubungi oleh perasaan egois semata-mata.

Racun 3: Curiga
Seorang wanita menelefon teman lelaki anda. Tanpa sebarang usul periksa anda mengatakannya curang. Pada mulanya, pergaduhan yang tercetus hanya kecil sahaja tetapi anda terus mengungkit kisah-kisah lama termasuklah hubungannya dengan bekas kekasih dahulu.

Sedangkan wanita yang menelefonnya itu hanyalah teman sepejabat dan mahu bertanyakan perkara yang berkaitan dengan kerja yang amat penting. Sikap anda yang curiga tanpa usul periksa itu hanya akan mengeruhkan keadaan dan tanpa anda sedari ia mampu menggugat hubungan cinta yang telah sekian lama terbina itu.

Penawar: Percaya
Jika selama ini si dia terbukti setia kepada anda, tiada sebab untuk anda mencurigainya dengan hanya satu panggilan telefon yang dibuat oleh teman sepejabatnya. Sebaiknya anda minta penjelasan daripadanya dan si dia pasti bersedia untuk menjelaskannya kerana dia tidak pernah bersalah kepada anda.

Jika anda terus meletakkan kesalahan kepadanya, tidak mustahil kekasih anda yang setia itu akan benar-benar 'bermain kayu tiga' di belakang anda. Maklumlah daripada terus dituduh sedangkan si dia tidak melakukannya, lebih baik dia melakukannya betul-betul. Sekurangnya-kurangnya si dia berpuas hati dengan tuduhan yang anda lemparkan itu.

Racun 4: Posesif
Janganlah bersikap terlalu posesif terhadap pasangan anda. Atau dengan erti kata lain terlalu mengawalnya sehingga sampai ke tahap mengongkong. Malah anda sanggup menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan semata-mata untuk mengetahui pergerakannya. Apa tidaknya, setiap lima minit anda akan menelefonnya.

Bukan untuk bertanya khabar sebaliknya untuk memastikan si dia sedang bersama siapa atau di mana berada. Sikap anda yang terlalu posesif itu akhirnya akan membuatkan si dia tidak selesa. Lebih teruk apabila si dia meminta untuk memutuskan perhubungan atas alasan tidak selesa dengan sikap anda itu.

Penawar: Beri ruang 'privacy'
Sesiapa sahaja di dunia ini memerlukan ruang 'privacy' sendiri. Oleh itu, jika anda tidak mahu hubungan yang terbina berantakan, percayalah kepadanya dan biar si dia menjalani kehidupannya sepertimana yang dikehendakinya. Tidak salah untuk memerhati atau menegur, tetapi biarlah berpada-pada dan dengan cara yang betul. Jika anda melakukannya secara tidak keterlaluan, si dia pasti akan lebih menghargai anda yang sentiasa berada di sisinya apabila dia memerlukan.

Racun 5: Main² mata
Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang diperolehinya. Sudah punya teman lelaki yang kacak dan baik hati, tetap akan menjeling ke arah lelaki lain apabila berkesempatan. Sikap anda yang suka bermain mata dengan lelaki lain ini sebenarnya mampu merosakkan hubungan cinta yang terjalin.

Mungkin anda hanya berniat untuk 'main-main sahaja', tetapi bagaimana jika lelaki yang anda jeling itu memberikan responnya? Pasti boleh menimbulkan sengketa. Malah bukan semua pasangan kekasih boleh menerima perlakuan yang sebegitu. Ini kerana ianya boleh mencabar status mereka sebagai teman lelaki anda.

Penawar: Setia
Jalan terbaik belajarlah untuk bersikap setia dengan pasangan masing-masing. Sudah pasti si dia merupakan kekasih yang terbaik buat anda. Ini kerana selama anda berhubungan mesra dengannya, tidak pernah si dia menjeling atau memandang ke arah wanita lain walaupun wanita tersebut jauh lebih cantik dan seksi daripada anda. Itu membuktikan si dia menghargai anda yang berada di sisinya. Jika si dia boleh melakukannya, tiada alasan untuk anda terus mencuri pandang ke arah lelaki lain.

Salam


Welcome